AG Technology Solutions mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian berasaskan teknologi fertigasi dengan fokus utama kepada tanaman cili api. Sebagai langkah permulaan, tanaman cili api diusahakan hanya di kawasan rumah dengan permulaan sebanyak 37 polibeg @ 2 pokok per polibeg. Mula alihtanam ke dalam polibeg pada 1 April 2015, kini usia pokok telah mencecah 35 hari dan mula mengeluarkan buah. Melihat kepada hasil yang begitu memuaskan, projek tanaman cili api ini sedang diduplikasikan di kawasan seluas 2 ekar di Kota Tinggi, Johor. Projek ini diusahakan secara berperingkat dengan permulaan sebanyak 1000 polibeg. Berbekalkan pengalaman selama lebih 6 bulan mengurus projek tanaman cili secara fertigasi, penulis bertekad untuk memulakan projek tanaman cili fertigasi sendiri. Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya. Percaya dengan prinsip bahawa setiap kejayaan itu bermula dengan langkah pertama...penulis melepaskan kerjaya sekarang demi minat yang mendalam untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.
No comments:
Post a Comment