7-Pengurusan Sistem Pengairan
Pembekalan larutan baja dilakukan
mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer).
Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan
peringkat umur tanaman.
Tempoh masa penitisan tidak terlalu
panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang
panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco
peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6 minit bagi setiap
2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah
rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100–150 ml
larutan baja. Sistem pengairan titis mudah tersumbat akibat timbunan garam
galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan
mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh
dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu
petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu
akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu.
Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Penitis perlu dicabut dari
tiub dan bersihkan.
Penggunaan penapis lazimnya boleh
mengurangkan masalah penitis tersumbat. Walaubagaimana pun penapis mestilah
sentiasa bersih dari masa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian
penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan
tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan
supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki
larutan baja dilakukan.
8-Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit
1. Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem fertigasi ini
menggunakan sistem terbuka, maka kawalan perlu dilakukan mengikut jadual yang
ditetapkan untuk mengawal dan menghapuskan perosak.
Serangga yang biasa menyerang pokok
cili adalah:
Nama Perosak
|
Bahagian Diserang
|
Peringkat Pokok Diserang
|
Simptom
|
Kawalan
|
Kutu
Daun (Aphis spp.)
|
Daun,
bunga dan buah muda
|
Semua
peringkat
|
Daun
menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut.
|
§Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid
pada peringkat awal selepas menanam.
§Sembur racun permethrin, cypermethrin atau
dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
|
Kutu Thrips (Thrips spp.)
|
Daun dan
bunga
|
Semua
peringkat
|
Daun
menjadi kerekot dan bunga gugur.
|
§Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid
pada peringkat awal selepas menanam. §Sembur racun chlorphyrifos atau malathion jika
serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
|
Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.)
|
Daun dan
buah
|
Peringkat
berbuah
|
Daun dan
buah berlubang-lubang
|
§Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan
melebihi tahap 5%
|
Lalat Buah (Bactocera)
|
Buah
|
Peringkat
berbuah
|
Terdapat
lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur.
|
§Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula
berbuah.
|
Hamama
Merah (Tetranychus spp.)
|
Daun dan
bunga
|
Pokok
Matang
|
Daun
berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut.
|
§Sembur dengan racun amitraz, dicofol, malathion atau
prothiofos
|
2. Kawalan Penyakit
Kawalan penyakit adalah elemen
kawalan yang paling utama dalam penanaman cili kerana cili bersifat amat
sensitif dan mudah terkena serangan penyakit.
Walaupun kaedah penanaman menggunakan
sistem fertigasi yang bebas tanah untuk mengelakkan ‘soil borne pathogen’
tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit
yang biasa menyerang tanaman cili adalah:
Penyakit
|
Penyebab
|
Bahagian Diserang
|
Cara Merebak
|
Simptom
|
Kawalan
|
Antraknos
Buah
|
Colletotrichum
capsici
|
Buah
|
Biji
benih, angin
|
Bintik-bintik
lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekok-lekok
ini akan membesar, menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur.
|
§Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau
thiram.
§ Musnahkan pokok yang diserang. §Sembur dengan racun kulat mancozeb
|
Bintik
Daun
|
Cercospora
capsici
|
Daun dan
tangkai daun
|
Angin
|
Terdapat
bintik-bintik kecil bulat berwarna perang pada daun.
|
§ Musnahkan bahagian yang kena serang. §Sembur racun benomyl
|
Layu
Bakteria
|
Pseudomonas
solanacearum
|
Daun dan
batang
|
Tanah,
air dan sentuhan akar
|
Daun
layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau
batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih.
|
§Cabut dan bakar pokok berpenyakit. §Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.
|
Mozek
Daun
|
Mosaic
virus
|
Semua
bahagian pokok
|
Biji
benih, kutu daun sebagai pembawa penyakit.
|
Daun
berbintikbintik dan berkerekot. Urat daun membengkak. Pokok bantut dan kurang
berbuah. Buah menjadi kecil dan berubah bentuk.
|
§Cabut dan bakar pokok berpenyakit. §Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek. §Elak guna biji benih yang berpenyakit. §Kawal serangga pembawa virus iaitu kutu daun dan
thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos. §Kawal rumpai yang menjadi
perumah serangga pembawa virus.
|
9-Penyelenggaraan Tanaman
Penyelenggaraan tanaman adalah
kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang proses penanaman cili secara fertigasi.
Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman.
Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan:
GERAK KERJA
|
HARI / MASA
|
AKTIVITI
|
PERSEDIAAN AWAL
|
25 Hari Sebelum Tanam
|
· Mengira keperluan baja
dan coco peat.
· Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan.
· Membuat pesanan pembelian
coco peat.
· Membuat pesanan pembelian
beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja.
· Membuat pesanan pembelian
keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian
’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer,
racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.
|
PENYEMAIAN BENIH
|
20 Hari Sebelum Tanam
|
· Menyediakan dulang
semaian.
· Mengisi dulang semaian
dengan medium percambahan peat moss.
· Melembapkan medium
percambahan.
· Merawat anak benih dengan
racun kulat ’Thiram’.
· Membuat lubang kecil 1 –
2 cm dalam (1 lubang 1 plug).
· Menyemai biji benih (1
biji dalam 1 lubang).
· Menutup lubang berisi
biji benih.
· Menyembur dulang semaian
berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer.
· Menutup dulang semaian
dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak kering.
|
PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN
|
19 Hari Sebelum Tanam
|
· Membersihkan takung
pembesaran.
· Mengisi tangki pengumpul
dengan air bersih.
· Memastikan pam kecil
akuarium berfungsi dengan baik.
· Menentukan alat pengatur
masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari
(boleh berubah mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman).
|
PENIMBANGAN BAJA
|
18 Hari Sebelum Tanam
|
· Menimbangkan baja
menggunakan formulasi yang betul.
· Membancuh baja stok.
· Gunakan tong biru (tebus
guna) muatan 100 liter
|
PEMBESARAN ANAK BENIH
|
16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam
|
· Membuka plastik yang
menutup dulang semaian.
· Memindahkan dulang
semaian ke dalam takung pembesaran.
· Memasang alat pengatur
masa dan pam akuarium dihidupkan.
· Melarutkan baja pada
bacaan EC 2.5
· Memerhatikan pertumbuhan
anak pokok.
· Memeriksa sebarang tanda
jangkitan penyakit atau serangga perosak.
· Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat tandatanda kerosakan.
|
PENYEDIAAN BEG TANAMAN
|
20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam
|
· Membilas coco peat.
· Mengetoskan coco peat.
· Menimbangkan coco peat 2
– 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah ditoskan).
· Mengisi coco peat ke
dalam beg tanaman.
· Mengangkut beg-beg berisi
coco peat ke dalam rumah tanaman.
· Menyusun beg-beg tanaman
mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier.
Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris.
· Mencucuk alat penitis ke
dalam setiap beg.
· Menghidupkan pam dan
memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak
ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.
· Menghidupkan pam untuk membasahkan
medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.
|
PENANAMAN
|
0 Hari
|
· Mengangkut dulang-dulang
semaian ke dalam rumah tanaman.
· Mengorek lubang 4 cm x 4
cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih.
· Mencabut anak benih
dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak
benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di
dalam lubang plug.
· Memasukkan ketulan tanah
bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.
· Kemaskan lubang bersama
akar anak benih supaya tidak longgar.
· Mencucuk penitis
berhampiran dengan pangkal anak pokok.
· Mencucuk bilah-bilah
buluh hampir kepada anak benih.
· Mengikat anak benih pada
bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak.
|
PENYELIAAN SELEPAS MENANAM
|
1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam
|
· Memeriksa semua pokok.
Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti
belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.
· Memastikan tidak ada pokok
yang tercabut disebabkan oleh binatang.
· Memastikan tidak ada
penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.
· Menghidupkan pam sekali
pada awal pagi.
· Pastikan bahawa medium
tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman.
Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg
tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika
air bertakung, pokok akan mati.
|
PENYELIAAN SELEPAS MENANAM
|
3 Hari Selepas Tanam
|
· Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti.
Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati
tersebut telah dihinggapi penyakit.
· Melarutkan baja stok ke
dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5
· Menghidupkan pam, memberi
baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.
|
4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam
|
· Menghidupkan pam pada
awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.
· Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan
serangga perosak.
· Sekiranya terdapat pokok
yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya.
· Sekiranya kering,
kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat,
cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar
bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar.
|
|
7 Hari Selepas Tanam
|
· Menambah kekerapan
pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang.
· Tetapi sekiranya keadaan
cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian
baja ini boleh ditangguhkan.
|
|
10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam
|
· Membuang tunas air atau
tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga
cabang utama keluar.
|
|
PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK
|
7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam
|
· Membuat rawatan
pencegahan penyakit akar ’Pythium’.
· Larutkan racun kulat
Previcur N sebanyak 10 ml atau FoliR-Fos sebanyak 13 ml ke dalam 10 liter
air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok.
· Pastikan bahawa pam tidak
dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas
rawatan ini dilakukan.
|
8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam
|
· Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga
perosak.
· Memeriksa pucuk-pucuk
pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah
daun-daun di bahagian pertengahan (2/3 bahagian pokok) untuk mengesan
kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat pelombong daun
jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua.
· Memeriksa sistem
fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. 20 Hari Selepas Tanam
· Memacak dua batang
panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang
baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong
pokok cili.
|
|
MENGIKAT POKOK
|
30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari
|
· Mengikat dahan-dahan
pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan
daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia
dilakukan berterusan apabila perlu.
|
MEMBILAS MEDIUM TANAMAN
|
25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali
|
· Membilas medium tanaman
dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok
mengikut kekerapan yang sedia ada.
· Ini bertujuan untuk
membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman
bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati.
|
28 Hari Selepas Tanam
|
· Menambahkan kekerapan
penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali
sehari mengikut pertumbesaran pokok.
|
|
MEMBANTU PENDEBUNGAAN
|
25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek
|
· Bunga-bunga cili mesti
menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah.
· Pendebungaan sendiri
sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin
jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini.
· Pendebungan berbantu
boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah
berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini
terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.
· Alat penggetar bunga
(pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan.
· Penggetaran tangkai-tangkai
bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga
2.00 petang.
|
MEMETIK BUAH
|
55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari
|
· Memetik buah cili masak.
· Membuat penggredan buah
cili
· Memasarkan buah cili
|
MENAMATKAN TANAMAN
|
150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai
|
· Memetik buah cili yang
masak termasuk juga yang hijau.
· Mengasingkan yang masak
dengan yang hijau.
· Mencabut semua pokok
bersama akar dan memusnahkan semuanya.
|
10-Penuaian
Cili api boleh dipetik 60 – 70 hari
selepas ditanam. Buah mula masak 30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak
berwarna merah dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali.
Tempoh pengeluaran hasil adalah 4 – 7 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis
kultivar yang ditanam dan penjagaan pokok. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya
sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi
atau lewat petang ketika suhu rendah.
No comments:
Post a Comment