Sistem Fertigasi
Fertigasi
berasal dari cantuman dua perkataan iaitu “fertilization” dan “irrigation” di
mana proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak.
Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah
(soiless culture production system).
Umumnya, hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili,
timun, terung, melon dan strawberi yang sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal
kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti
penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya
di bawa oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang
pengusaha mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai
Struktur Pelindung Hujan (SPH). Walaubagaimanapun, penanaman menggunakan sistem
fertigasi terbuka juga boleh dilakukan.
Pelbagai
bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.
Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus
cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah
dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang
disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya
ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos
Selain
melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk
mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair
(terkena air hujan) dan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan.
Medium
tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang
dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa.
’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil
lain seperti ’perlite’, ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa
tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau
batu kerikil granit (bukan batu kapur).
Fertigasi
boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai
pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan
penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja
untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa
automatik menjamin keberkesanannya.
Kelebihan Sistem Fertigasi
Kaedah ini
mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di antara
kelebihannya ialah:
1. Nutrien lengkap yang diberi, boleh
dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur
pertumbuhan.
2. Media dan persekitaran yang bersih,
menjamin dan menghindarkan masalah penyakit.
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur,
perumah penyakit dan perosak.
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada
pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai/ merumput.
6. Kualiti yang lebih baik.
7. Penggunaan air dan baja yang lebih
cekap dan ekonomi.
8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem
automatik.
9. Kurang penggunaan racun.
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara
sistematik.
11. Penyakit tidak boleh berjangkit
antara pokok.
Kelemahan Sistem Fertigasi
Kaedah
fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah:
1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70%
daripada kos adalah pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan
+ Kalis Serangga).
2. Perlu pengetahuan mendalam tentang
teknologi ini.
3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang
berterusan.
4. Kerosakan pada sistem boleh
mengakibat kerugian yang besar.
· Kos boleh dikurangkan melalui sistem
fertigasi terbuka (tanpa SPH).
Perbandingan
Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional
Kriteria
|
Fertigasi
|
Tanah
|
Jenis Tanaman
|
Tanaman jenis sayur dan buah
|
Semua jenis tanaman
|
Struktur Pelindung Hujan
|
Boleh ada dan tiada
|
Tidak perlu
|
Jaring Kalis Serangga
|
Boleh ada dan tiada
|
Tidak perlu
|
Sistem Pengairan
|
Titis dan baja
|
Bebas
|
Varieti Tanaman
|
Jenis hybrid
|
Sebarang jenis
|
Air
|
Air bersih
|
Bebas
|
Modal
|
Tinggi
|
Rendah
|
Tapak Tanah
|
Perlu rata
|
Tidak perlu rata
|
Elektrik
|
Perlu ada
|
Tidak perlu
|
Pengetahuan Teknikal
|
Sangat perlu
|
Perlu
|
Keadaan Tanah
|
Tidak penting
|
Perlu subur
|
Kos
Operasi
|
Rendah,
sistem automatik
|
Tinggi,
membaja, racun, merumpai
|
Risiko Penyakit
|
Rendah
|
Tinggi
|
Risiko Kekeringan
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Keseragaman Pokok
|
Seragam
|
Tidak seragam
|
Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan,
keperluan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu.
1) Penyediaan Kawasan
o
Kerja-kerja
awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
o
Kawasan
tapak untuk penanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
o Pembinaan
sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek
ditenggelami air apabila hujan.
o Pemagaran
kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
o Penyediaan
jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan
sebagainya.
2) Sumber Air dan Elektrik
o
Penyediaan
sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem
fertigasi ini.
3) Bangunan untuk tujuan pengurusan
tanaman.
o
Teduhan
tempat meletak tangki nutrien.
o
Stor
simpanan baja fertigasi dan peralatan ladang.
o
Pusat
pengumpulan hasil ladang.
o
Pejabat
pengurusan projek
Penyediaan Sistem Fertigasi
Untuk membina sistem fertigasi secara
terbuka, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem
ini.
a) Sistem Pengairan
Sistem pengairan
yang digunakan dalam teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip
irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa (timer) yang akan berfungsi secara
automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem
pengairan ini adalah:
1) Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)
2) Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3) Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4) Penitis (Pen Dripper 6mm)
5) Elbow PVC 1”
6) Socket Valve 1 ½ ”
7) Socket Valve 16mm
8) Ball Valve 1 ½ ”
9) Ball Valve 1”
10) Nipper / Adapter
11) Rubber Gromet Set 16mm
12) Tangki Nutrien 200/600 gelen
13) Pam Air 1.5 HP
14) Timer (Pemasa)
15) PH Meter
16) EC Meter
17) Penapis Air
b) Bahan Input
Bahan input
ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini berulang setiap
musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input:
1) Benih Tanaman – Cili
2) Tray Semaian ’Plug’
3) Polibeg 14” x 16”
4) Media Semaian
5) Media Tanaman
6) Plastik ’Silver Shine”
7) Baja Fertigasi (set A & B )
8) Racun Serangga
9) Racun Kulat
10) Kayu/besi Penyokong
11) Dawai/tali
12) Batu Simen / Bata
PELAKSANAAN PROJEK
Untuk melaksanakan projek tanaman
cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak kerja dilakukan secara
teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut:
1) Penyediaan biji benih
2) Semaian Anak Benih
3) Membuat Larutan Stok
4) Penyediaan Beg Tanaman
5) Penanaman
6) Pembajaan
7) Pengurusan Sistem Pengairan
8) Kawalan serangga perosak dan penyakit
9) Penyelenggaraan tanaman
10) Penuaian
11) Pengendalian Lepas Tuai
1-Penyediaan Biji Benih
Biji benih yang tulen dan berkualiti
digunakan. Biji benih yang digunakan dipastikan bebas dari sebarang penyakit
dan tiada kesan serangan serangga. Benih yang peratus percambahannya tidak
kurang dari 90% digunakan.
Ujian percambahan akan dilakukan bagi
benih telah tersimpan lama di dalam stok. Biji benih yang tidak mencapai tahap percambahan
yang sepatutnya akan diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan
biji benih akan dibuat.
2-Semaian Anak Benih
Penyediaan anak benih tanaman dengan
baik secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat moss ialah medium
yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih
yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss dapat
memberi pertumbuhan anak benih yang baik.
Dulang semaian daripada jenis plastik
hitam atau plug polistirena digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa
menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan dipastikan
tidak padat atau terlalu longgar. Lubang dibuat dengan mencucukkan jari
telunjuk sedalam 1 cm.
Biji benih yang dirawat dengan racun
kulat thiram atau captan dimasukkan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih
bagi setiap satu plug. Biji-biji benih ini disiram dengan air bersih
menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan
dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini tidak boleh dikambus terlalu
padat.
Dulang-dulang semaian ditutup dengan
helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari
untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari. Plastik hitam dibuka selepas 4
hari dan dulang semaian didedahkan kepada cahaya matahari di dalam takung
pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan
tidak kurus.
Takung pembesaran dilengkapi dengan
sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil
akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan
kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga
EC=2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg
tanaman.
3-Membuat Larutan Stok
Larutan stok disediakan dengan kepekatan
100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam
kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan
stok. Kalsium Nitrat, Ca (NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada
sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan berlakunya tindak balas
kimia dan terjadinya pemendakan.
Biasanya larutan Ca (NO3)2 dan zat
ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan
stok ini, Ca (NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala
larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4,
CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat) dilabelkan
dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua
larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang
satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang
mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.
4- Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran beg plastik yang biasa
digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Plastik putih digunakan bagi
mengurangkan peningkatan suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah
diisi dengan coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun
baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja
pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk
satu pokok.
Coco peat perlu dibasahkan dan
dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk
mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat
lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3–4 lubang untuk laluan
keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg-beg tanaman menggunakan
pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada
hari atau sehari selepas menanam.
5-Penanaman
Anak benih yang berumur 10 – 16 hari
selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada
peringkat ini ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah
lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk
sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
Anak-anak benih bersama plug peat
moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman
dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit
ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai
penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintang
mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk
mewujudkan pengudaraan yang baik.
Sistem pengairan titis perlu
dipastikan berfungsi dengan baik. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar
anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam
dihidupkan. Pemeriksaan senitasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan
kesemuanya menerima titisan larutan baja.
6-Pembajaan
Fertigasi menggunakan baja khusus
yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ’Glasshouse Grade’. Baja-baja yang
digunakan mengandungi unsur-unsur atau nutrien mikro dan makro. Sebanyak 14
jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium,
sulfat, magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum
dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang
lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen
dan karbon diperoleh daripada udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering
digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.
Larutan Wyne:
SET A
|
SET B
|
1. Kalsium Nitrat
|
1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Ferum EDTA
5. Mangan Sulfat
6. Kuprum Sulfat
7. Zink Sulfat
8. Asid Borik
9. Natrium Molibdat
|
Larutan
Cooper:
SET A
|
SET B
|
1.
Kalsium Nitrat
2.
Ferum
|
1.Kalium Nitrat
2.Mono Kalium Fosfat
3.Magnesium Sulfat
4.Mangan Sulfat
5.Kuprum Sulfat
6.Zink Sulfat
7.Asid Borik
8.Natrium Molibdat
|
Formulasi baja tersebut kemudiannya
dilarutkan mengikut kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.
Kadar Baja Fertigasi Bagi Tanaman
Cili
Bagi bancuhan larutan 100 liter air:
BAJA
|
KADAR (GRAM)
|
SET A
1.
Kalsium Nitrat
2.
Ferum
|
11,300
164
|
SET B
1.
Kalium Nitrat
2.
Mono Kalium
Fosfat
3.
Magnesium
Sulfat
4.
Mangan Sulfat
5.
Kuprum Sulfat
6.
Zink Sulfat
7.
Asid Borik
8.
Natrium
Molibdat
|
11,100
1,750
5,640
15.4
0.78
2.2
30
0.18
|
.....bersambung.....
No comments:
Post a Comment