Saturday, May 23, 2015

Peringkat Kedua Projek Komersil AG

 Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...syukur...syukur...syukur... terima kasih Allah... terima kasih Rasulullah...

Kerja-kerja pembersihan di kebun AG telah selesai untuk tapak projek Batch 1 dan pemasangan pagar juga telah 50% siap. Walaupun penat sebab dah lama tak buat kerja-kerja berat macam ni namun kepuasan tak mampu digambarkan bila melihat hasilnya:))



Langkah seterusnya adalah memasang plastik alas silvershine dan menyediakan media tanaman (isi sabut dalam polibeg). Hmmm....memang tepat pada masanya...team bantuan akan tiba cuti sekolah ni... in shaa Allah....sempat siapkan 1000 polibeg - isi dan tanam...
Media tanaman
Silvershine : untuk mengelak pertumbuhan rumput di kawasan tanaman
Media tanaman yang biasa digunakan adalah coco peat @ sabut kelapa dan sekam padi bakar.

Sabut kelapa

Sekam padi bakar
Mengikut perancangan, minggu ni sepatutnya dah tanam di ladang... nampak gayanya akan lewat seminggu dari jadual asal. Dengan ujian cuaca yang tidak menentu dan pemasangan pagar di peringkat terakhir...pasti ujian yang hadir memberi satu cabaran dan perjuangan AG menjadi seorang petani moden...

Doakan segalanya dipermudahkan....sampai jumpa lagi

Salam Mesra
Petani Moden AG

Monday, May 4, 2015

PROJEK FERTIGASI AG

Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah...jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua projek tanaman cili fertigasi AG akhirnya menjadi kenyataan. Berbekalkan tapak projek berkeluasan 2 ekar di Kota Tinggi, AG kini dalam peringkat awal pembersihan kawasan serta penyediaan tapak dan benih cili.

Tapak projek tanaman cili
Suasana petang di lokasi projek

Penyediaan Benih

Semaian benih cili
26 April 2015 (hari pertama) - Sebanyak 10 dulang disemai dengan benih cili untuk projek fertigasi AG. Lebih kurang 1000 polibeg perlu disediakan untuk penanaman peringkat pertama.




5 Mei 2015 (hari ke-9) - Benih cili telah bercambah dan mengeluarkan daun. Lebih 97% benih berjaya dicambahkan. Dalam masa 2 minggu lagi pokok cili sudah sedia untuk dialih tanam ke dalam polibeg di ladang AG.

Projek Rintis AG

Cili Api Centil: Berpotensi menjana hasil dan pulangan yang lumayan
Cili Api Centil merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong yang sesuai ditanam secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang seragam, pembajaan dan kawalan perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh diselaras dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Pokok akan tetap mengeluarkan hasil tinggi selagi bunga dikeluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting.

37 polibeg sebagai permulaan
Projek permulaan diusahakan sebanyak 37 polibeg dengan 2 anak pokok bagi setiap polibeg. Penanaman hanya dibuat di kawasan rumah. Pembajaan dan siraman dilakukan secara manual dahulu.

21 hari selepas dialih tanam ke dalam polibeg
Pokok cili mula mengeluarkan bunga pada usia pokok 28 hari.

Sistem sokongan pokok
Sistem sokongan perlu dibuat supaya pokok tidak tumbang dan batang tidak patah apabila pokok mula mengeluarkan hasil nanti. Besi atau kayu boleh digunakan sebagai sokongan mengikut kesesuaian dan bajet masing-masing.

28 hari selepas dialih tanam
Pokok mula mengeluarkan buah yang pertama. Pengeluaran hasil bergantung kepada penjagaan pokok (Pembajaan, siraman dan kawalan perosak)


35 hari usia pokok
Hasil cili semakin bertambah pada usia pokok 35 hari. Dalam tempoh 3-4 minggu lagi hasil cili dijangka boleh dituai.


Tidak sabar menunggu masa untuk penuaian pertama projek cili api centil. Berbudi kepada tanah pasti ada ganjarannya!!! 























PENGURUSAN SISTEM FERTIGASI (sambungan)

       7-Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100–150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Penitis perlu dicabut dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah penitis tersumbat. Walaubagaimana pun penapis mestilah sentiasa bersih dari masa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.


      8-Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

1.                 Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan sistem terbuka, maka kawalan perlu dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengawal dan menghapuskan perosak.

Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah:

Nama Perosak
Bahagian Diserang
Peringkat Pokok Diserang
Simptom
Kawalan
Kutu Daun (Aphis spp.)
Daun, bunga dan buah muda
Semua peringkat
Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut.
§Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid pada peringkat awal selepas menanam.
§Sembur racun permethrin, cypermethrin atau dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
Kutu Thrips (Thrips spp.)
Daun dan bunga
Semua peringkat
Daun menjadi kerekot dan bunga gugur.
§Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid pada peringkat awal selepas menanam. §Sembur racun chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.)
Daun dan buah
Peringkat berbuah
Daun dan buah berlubang-lubang
§Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan melebihi tahap 5%
Lalat Buah (Bactocera)
Buah
Peringkat berbuah
Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur.
§Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula berbuah.
Hamama Merah (Tetranychus spp.)
Daun dan bunga
Pokok Matang
Daun berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut.
§Sembur dengan racun amitraz, dicofol, malathion atau prothiofos

2.                 Kawalan Penyakit

Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk mengelakkan ‘soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah:

Penyakit
Penyebab
Bahagian Diserang
Cara Merebak
Simptom
Kawalan
Antraknos Buah
Colletotrichum capsici
Buah
Biji benih, angin
Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekok-lekok ini akan membesar, menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur.
§Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau thiram.
§ Musnahkan pokok yang diserang. §Sembur dengan racun kulat mancozeb
Bintik Daun
Cercospora capsici
Daun dan tangkai daun
Angin
Terdapat bintik-bintik kecil bulat berwarna perang pada daun.
§ Musnahkan bahagian yang kena serang. §Sembur racun benomyl
Layu Bakteria
Pseudomonas solanacearum
Daun dan batang
Tanah, air dan sentuhan akar
Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih.
§Cabut dan bakar pokok berpenyakit. §Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.
Mozek Daun
Mosaic virus
Semua bahagian pokok
Biji benih, kutu daun sebagai pembawa penyakit.
Daun berbintikbintik dan berkerekot. Urat daun membengkak. Pokok bantut dan kurang berbuah. Buah menjadi kecil dan berubah bentuk.
§Cabut dan bakar pokok berpenyakit. §Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek. §Elak guna biji benih yang berpenyakit. §Kawal serangga pembawa virus iaitu kutu daun dan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos. §Kawal rumpai yang menjadi perumah serangga pembawa virus.


      9-Penyelenggaraan Tanaman

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan:



GERAK KERJA
HARI / MASA
AKTIVITI
PERSEDIAAN AWAL
25 Hari Sebelum Tanam
·       Mengira keperluan baja dan coco peat.
·       Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan.
·       Membuat pesanan pembelian coco peat.
·       Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja.
·       Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.
PENYEMAIAN BENIH
20 Hari Sebelum Tanam
·       Menyediakan dulang semaian.
·       Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat moss.
·       Melembapkan medium percambahan.
·       Merawat anak benih dengan racun kulat ’Thiram’.
·       Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug).
·       Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang).
·       Menutup lubang berisi biji benih.
·       Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer.
·       Menutup dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium percambahan supaya tidak kering.
PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN
19 Hari Sebelum Tanam
·       Membersihkan takung pembesaran.
·       Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih.
·       Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik.
·       Menentukan alat pengatur masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman).
PENIMBANGAN BAJA
18 Hari Sebelum Tanam
·       Menimbangkan baja menggunakan formulasi yang betul.
·       Membancuh baja stok.
·       Gunakan tong biru (tebus guna) muatan 100 liter

PEMBESARAN ANAK BENIH
16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam
·       Membuka plastik yang menutup dulang semaian.
·       Memindahkan dulang semaian ke dalam takung pembesaran.
·       Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan.
·       Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5
·       Memerhatikan pertumbuhan anak pokok.
·       Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak.
·       Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tandatanda kerosakan.
PENYEDIAAN BEG TANAMAN
20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam
·       Membilas coco peat.
·       Mengetoskan coco peat.
·       Menimbangkan coco peat 2 – 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah ditoskan).
·       Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman.
·       Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke dalam rumah tanaman.
·       Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris.
·       Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.
·       Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.
·       Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.
PENANAMAN
0 Hari
·       Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman.
·       Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih.
·       Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug.
·       Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.
·       Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar.
·       Mencucuk penitis berhampiran dengan pangkal anak pokok.
·       Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada anak benih.
·       Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak.
PENYELIAAN SELEPAS MENANAM
1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam
·       Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.
·       Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang.
·       Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.
·       Menghidupkan pam sekali pada awal pagi.
·       Pastikan bahawa medium tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati.
PENYELIAAN SELEPAS MENANAM
3 Hari Selepas Tanam
·       Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit.
·       Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5
·       Menghidupkan pam, memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.
4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam
·       Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.
·       Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak.
·       Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya.
·       Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar.
7 Hari Selepas Tanam
·       Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang.
·       Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan.
10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam
·       Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar.
PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK
7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam
·       Membuat rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’.
·       Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml atau FoliR-Fos sebanyak 13 ml ke dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok.
·       Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan.
8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam
·       Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.
·       Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan (2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua.
·       Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. 20 Hari Selepas Tanam
·       Memacak dua batang panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili.
MENGIKAT POKOK
30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari
·       Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan berterusan apabila perlu.

MEMBILAS MEDIUM TANAMAN
25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali
·       Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada.
·       Ini bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan pokok mati.
28 Hari Selepas Tanam
·       Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok.
MEMBANTU PENDEBUNGAAN
25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek
·       Bunga-bunga cili mesti menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah.
·       Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini.
·       Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.
·       Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan.
·       Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
MEMETIK BUAH
55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari
·       Memetik buah cili masak.
·       Membuat penggredan buah cili
·       Memasarkan buah cili
MENAMATKAN TANAMAN
150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai
·       Memetik buah cili yang masak termasuk juga yang hijau.
·       Mengasingkan yang masak dengan yang hijau.
·       Mencabut semua pokok bersama akar dan memusnahkan semuanya.

      10-Penuaian

Cili api boleh dipetik 60 – 70 hari selepas ditanam. Buah mula masak 30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak berwarna merah dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 4 – 7 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam dan penjagaan pokok. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.